Showing posts with label array. Show all posts
Showing posts with label array. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Tutorial 34 - Buat Table Untuk Array 2D

Kali ni kita sambung sikit dari apa yang kita belajar sebelum ni, mengenai array dalam 2D.

Jadi, kita dah tau macam mana nak declare array dalam 2D.

Sekarang kita akan buat program untuk display array 2D dalam bentuk table.

Mula-mula kita declare dulu array:

declare 2d array


Disebabkan kita akan buat 2 table untuk array yang berbeza, maka kita akan guna konsep object-oriented.

Object-oriented ni yang guna class dengan method tu la, ayat je gempak.

Jadi, kita akan buat method display() kat luar main() untuk display array 2D dalam bentuk table.

display method for 2d array


Perhatikan yang kita letak 2 kurungan stapler dalam parameter, maksudnya method ni perlukan array 2D untuk digunakan.

Untuk buat dalam bentuk table, kita kena buat nested loop(maksudnya loop dalam loop).

Loop yang kat luar untuk loop-kan row, loop yang dalam untuk loop-kan column.

Kat sini kita guna for loop.

Sekarang kita tengok loop yang luar:

for (int row = 0; row < array.length; row++)


Jadi loop ni akan loop untuk row.

Untuk array 2D, bila kita tulis array.length maksudnya kita ambik panjang row array tu.

Sekarang tengok loop yang kat dalam pulak:

for (int column = 0; column < array[row].length; column++)


Loop ni akan loop untuk column.

Bila kita tulis array[row].length maksudnya kita ambik panjang untuk setiap row atau dalam bahasa lainnya, column.

Kemudian, kat dalam loop yang dalam, kita akan tulis

System.out.print(array[row][column] + "\t");


untuk paparkan nombor dalam setiap row tu dari kiri ke kanan.

\t tu maksudnya tab, untuk bagi ruang sikit.

Lepas kita dah paparkan nombor-nombor dalam row, kita akan buat line baru

System.out.println();


untuk paparkan nombor-nombor dalam row-row yang seterusnya.

Jadi, rupa program kita yang dah siap sepatutnya jadi macam ni:

full program display 2d array in table


dan hasilnya:

output 2d array table


Itu saja gamaknya untuk tutorial ni. Sekian.

Tuesday, December 6, 2011

Tutorial 33 - Array 2D

Tutorial kali ni kita akan tengok pulak macam mana nak menghasilkan array dalam 2D.

2D ni singkatan untuk dua dimensi, maksudnya dia ada paksi x dengan paksi y.

Contoh kalau kita nak buat table ke, koordinat ke...

Ok, kita terus tengok cara nak declare array dalam 2D, nanti explain panjang-panjang pening pulak.

declare 2d array java


Untuk declare array 2D, kita kena letak 2 pasang kurungan stapler, [][]. Sebelum ni kita guna sepasang, untuk 2D kita letak 2 pasang.

Kat sini kita guna cara nak declare array guna kurungan langsir untuk masukkan nombor terus ke dalam array.

Jadi, apa yang berlaku kat sini, setiap row(baris) akan dipisahkan dengan koma, dan setiap row tu sendiri ada column(lajur) yang ditutup dengan kurungan langsir yang lain.

Kiranya dia dah jadi macam filem Inception, dalam kurungan ada kurungan.


Kalau kita tulis sebaris macam contoh kat atas tu memang tak nampak, jadi kita tukar sikit kedudukannya jadi macam ni:

clearer 2d array java


Tak salah, Java memang tak kisah kalau kita letak code kita berterabur pun, janji kedudukan dia berada kat tempat sepatutnya.

Jadi, barulah kita nampak dengan jelas kat mana kedudukan setiap nombor tu dalam array bila kita tukar tempat dia.

Sekarang kita tengok macam mana nak guna salah satu nombor dalam array tu.

Katakanlah kita nak ambik nombor 90, kita tau nombor 90 ada kat row 1, column 3. Ingat, komputer start kira mula dari 0.

Jadi, apa yang kita kena letak sebagai indeks ialah:

contoh[row][column]


dan untuk nombor 90

contoh[1][3]


Tak percaya cuba print,

guna data dalam array


dan hasilnya macam yang kita jangkakan:

90


Jadi itu saja untuk tutorial ni. Sekian.

Monday, December 5, 2011

Tutorial 32 - Array Sebagai Parameter

Untuk tutorial kali ni kita akan belajar macam mana nak guna array sebagai parameter untuk method.

Ini source code-nya:

source code array sebagai parameter


Sekarang kita fokus kat sini:

int[] nombor = {1, 2, 3, 4, 5};
topup(nombor);


Ok, mula-mula kita akan buat satu array dengan nama nombor.

Kemudian kita akan panggil method topup() dan hantar array nombor dalam kurungan dia.

Bila sampai sini, program akan cari mana dia method topup() ni.

Oh, sini pun dia:

public static void topup(int[] x) {
     for (int i = 0; i < x.length; i++)
          x[i] += 5;
}


Perhatikan kan sini kita letak array sebagai parameter(ada kurungan stapler).

Jadi, apa yang method ni akan buat adalah dia akan tambah 5 untuk setiap nombor dalam array yang kita hantar guna increment.

Dah setel method topup(), dia akan pergi ke method main() balik dan akan sambung buat bahagian ni:

for (int array : nombor)
     System.out.println(array);


Kat sini kita print macam biasa untuk tengok nombor yang dah di-topup-kan, dan hasilnya:

6
7
8
9
10


Jadi, apa yang nak difokuskan dalam tutorial ni adalah apa yang nak ditulis untuk hantar array dengan apa yang nak ditulis untuk parameter method tu.

Waktu kita nak hantar, kita hanya tulis nama array tu sahaja, tak payah letak kurungan stapler.

Untuk parameter pulak barulah kita letak kurungan stapler.


Jadi, itu saja untuk tutorial kali ni. Praktis sikit benda ni. Kalau tak paham boleh tanya.

Sunday, December 4, 2011

Tutorial 31 - enhanced for Loop

Sekarang kita akan belajar for loop versi upgrade punya, iaitu enhanced for loop.

Ini source code untuk tutorial ni:

enhanced for loop


Mula-mula kita akan buat array dengan nama monyet.

Ini bahagian paling penting untuk tutorial ni:

for (int x : monyet)


enhanced for loop lebih kurang sama macam for loop yang biasa, yang lainnya cuma apa yang kita letak dalam kurungan tu.

for loop yang biasa perlukan 3 statement dalam kurungan kan?

Untuk enhanced for loop dia lain sikit.

Mula-mula kita tulis jenis array yang kita nak loop-kan, untuk program kita ni kita letak int.

Kemudian kita buat variable untuk rujukan, nak letak nama apa pun boleh. Untuk demo, kita letak x.

Lepas titik bertindih tu kita letak benda apa yang kita nak rujuk. Dalam kes ni, kita nak loop untuk semua elemen dalam array monyet, jadi kita letak monyet.

Jadi, apa yang berlaku nanti ialah kita akan loop untuk semua elemen dalam array monyet, tak kiralah berapa banyak yang ada.

Dan apabila kita run, kita akan dapat:

34
54
12
46
90


sebab untuk program ni kita hanya print saja setiap elemen tu berdasarkan rujukan yang bernama x.


Kalau nak, boleh jugak buat macam ni:

enhanced for loop sum of array


Dan bila kita run, hasilnya:

236


iaitu jumlah untuk semua nombor tu.

Jadi, itu saja untuk tutorial kali ni. Praktis sikit guna for loop yang baru ni.

Tutorial 30 - Kira Frequency

Untuk tutorial kali ni kita akan buat satu program yang akan kira berapa kali dadu dapat nombor antara 1 sampai 6.

Program kita nanti akan baling dadu sebanyak 1000 kali, kemudian dia akan kira nombor 1 dapat berapa kali, nombor 2 dapat berapa, bla bla bla... sampai nombor 6.

Ini source code untuk program yang dah siap:

count frequency in array


Mula-mula kita tengok code yang ni:

Random dadu = new Random();
int[] freq = new int[7];


Program ni akan main dengan dadu, jadi kita akan guna class Random.

Lepas tu, kita buat array nama freq untuk simpan frekuensi untuk setiap nombor antara 1 sampai 6.

Ok, sekarang kenapa kita buat panjang array kita 7?

Ini sebab ingat tak yang komputer ni suka mula kira dengan 0. Kita nak guna dadu, mana ada dadu pakai nombor 0 kan...

Bila kita buat array panjangnya 7 bermaksud kita ada array dengan indeks 0 sampai 6, dan kita hanya akan guna indeks 1 sampai 6 sebab ya la kan... dadu.

Sekarang kita tengok bahagian yang paling penting:

for (int i = 0; i < 1000; i++) {
     ++freq[1 + dadu.nextInt(6)];
}


Kat sini kita guna for loop untuk program baling dadu sebanyak 1000 kali.

dadu.nextInt(6) akan menghasilkan nombor rawak dalam lingkungan 0 sampai 5, jadi kita tambah satu, 1 + dadu.nextInt(6) untuk dapat nombor 1 sampai 6 sebab ya la... dadu.

Nombor rawak ni kita akan letak sebagai indeks untuk array freq yang akan kita increment-kan.

Jadi, nanti bila run, bila dapat nombor 3, freq[3] akan tambah satu... bila dapat nombor 6, freq[6] akan tambah satu... dan seterusnya sampai 1000 kali.

Kat sini mungkin keliru sikit, takpe nanti bila run program tu baru kita boleh nampak.

Sekarang kita tengok yang ni:

System.out.println("Nombor\tFrekuensi");

for (int i = 1; i < freq.length; i++) {
     System.out.println(i + "\t" + freq[i]);
}


Code yang ni untuk kita buat table macam yang kita buat kat tutorial yang lepas.

Kepala table kita bubuh Nombor untuk nombor dadu, dan Frekuensi untuk berapa kali nombor tu kena.

Kita guna for loop macam sebelum ni untuk menghasilkan table.

Loop ni akan bermula dari 1 sebab ya la kan... dadu.


Jadi, bila kita run kemungkinan akan dapat:

NomborFrekuensi
1168
2161
3162
4169
5165
6175


Kat sini barulah jelas kita nampak dadu tu kena nombor 1 sebanyak 168 kali, nombor 2 kena 161 kali, dan seterusnya.

Jadi, itu saja untuk tutorial ni. Sekian.

Tutorial 29 - Jumlahkan Nombor Dalam Array

Tutorial kali ni kita akan buat program yang akan jumlahkan semua nombor yang ada dalam array.

Tanpa buang masa, ini source code untuk demo ni:

sum of elements in array


Mula-mula kita buat satu array dan satu variable untuk simpan jumlah semua nombor tu.

Variable jumlah tu kita setkan dengan 0 sebab kita tak mula kira lagi.

Jadi, kita akan guna for loop untuk loop semua nombor dalam array tu kemudian guna teknik increment, kita akan tambahkan ke dalam jumlah.

Last sekali, macam biasa kita akan print jumlah selepas habih loop sebab kita nak tau betul ke tak dia jumlahkan nombor-nombor tu.

Dan bila kita run, kita akan dapat:

294


iaitu jumlah kepada semua nombor dalam array markah.

Itu saja untuk tutorial ni.

Tutorial 28 - Table Array

Sekarang kita akan buat satu program yang akan buat table daripada array.

Dengan table ni senang sikit kita nak tengok data apa yang ada dekat kedudukan mana.

Jadi, source code untuk tutorial ni:

table array


Mula-mula mesti la kita kena buat satu array.

Kemudian kita akan print kepala table tu kat line 8. "\t" tu maksudnya 'tab'. Nanti dia akan buat sengkang jauh sikit.

Untuk menghasilkan table untuk array, kita akan guna for loop untuk loop semua benda dalam array tu.

Disebabkan komputer suka kira mula 0, jadi kita akan mula variable i tu dari 0.

Bila kita buat array, Java dah siap kira dah berapa bilangan atau panjangnya array kita tu.

Panjang array yang kita buat tu dia simpan dalam array.length(ganti 'array' dengan nama array yang kita buat).

Contoh macam kat line 10 tu. Jadi, tak perlulah kita susah-susah nak kira panjang array yang kita buat, Java dah siap kirakan.

Nanti loop kita akan loop untuk semua benda dalam array tu sebab kita tulis i < nescafe.length.

Sekarang kita run, dan dapatlah:

TempatNilai
0123
154
29017
33435
423
5876


Dengan table ni barulah kita boleh nampak dengan jelas nombor yang ada dekat setiap kedudukan dalam array tu.

Itu saja tutorial kali ni.

Tutorial 27 - Array

Tutorial kali ni kita masuk pulak ke bab Array!

Secara ringkasnya, array ni macam variable yang boleh simpan banyak-banyak data.

Semua data tu pulak mestilah dalam jenis yang sama. Kalau integer, semua data tu kenalah integer. Kalau string, semua kena string.

Jadi, macam biasa kita akan belajar melalui demo. Ini code-nya:

declare array long way


Cara untuk declare array ni macam kat line 6. Yang blog tu nama array, kita boleh letak apa-apa nama pun boleh macam kita buat kat variable biasa.

Sesetengah programmer suka tulis macam ni:

int blog[] = new int[5];


Dua-dua sama je, janji yang kurungan stapler tu kena ada.

Nombor 5 tu menunjukkan berapa banyak data yang boleh kita masukkan ke dalam array tu.

Kat line 6 ni kita hanya suruh program sediakan array blog dengan saiz 5, mula dari line 8 sampai line 12 barulah kita masukkan data iaitu nombor ke dalam array.

Ambik perhatian kat nombor dalam kurungan stapler tu, dia mula dengan 0, bukan 1 sebab komputer ni memang pelik.

Jadi, cara nak guna balik array tu, kita tulis nama dia kemudian dalam stapler, kita tulis kedudukan yang kita nak.

Contoh kat line 14 tu kita akan print array di kedudukan 3.

Nanti bila kita run, kita akan dapat:

321



Nampak leceh kan kena masukkan nombor satu-satu?

Sekarang kita akan tengok cara lain untuk declare array.

Ini source code cara lain nak declare array:

declare array short way


Sebelum ni kita kena bagitau berapa saiz dia... lepas tu masukkan satu-satu...bla bla bla...

Kat sini kita tulis jenis dan nama array(pastikan ada kurungan stapler) kemudian kita tulis kurungan langsir tu, yang ni --> {}.

Dalam kurungan langsir, kita tulis data-data yang kita nak masukkan sebanyak berapa banyak yang kita nak. Kita asingkan data-data tu dengan koma.

Apabila kita run, kita akan dapat sama macam yang sebelum ni:

321


Ingat yang komputer ni mula kira dari 0, bukannya 1.

Jadi, itu saja sebagai pengenalan kepada array. Praktis-praktis sikit. Kalau tak paham atau keliru boleh tanya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India