System.out.println()
Method ni antara yang paling banyak kita guna semasa coding. Oleh itu, sesetengah IDE dah sediakan shortcut untuk tulis benda alah tersebut.
Untuk Eclipse, tulis,
syso
kemudian tekan,
CTRL + Spacebar
Untuk Netbeans, tulis,
sout
kemudian tekan,
TAB
import
Sewaktu kita coding, kadang-kadang kita kena import library. Lalu, kita pun tulislah secara manual, contoh 'import java.util.Scanner'. Nanti ada masa, banyak library yang kita kena import, jadi IDE ada sediakan hotkey untuk import class yang kita guna.
Untuk Eclipse,
CTRL + SHIFT + O
Untuk Netbeans,
CTRL + SHIFT + I