Monday, November 28, 2011

Tutorial 20 - Conditional Operator

Ok, sekarang kita jumpa benda baru iaitu conditional operator. Kenapa nama dia macam tu jangan tanya.

Conditional operator ni macam if else tapi dalam versi lagi compact, kecik, comel dll.

Sekarang kita terus tengok source code kita:

conditional operator java


Conditional operator ni sangat compact sampai kita boleh letak dalam print statement macam dalam source code tu.

Jadi, sekarang kita fokus kat dalam kurungan print statement tu sahaja.

Untuk guna conditional operator, mula-mula tulis benda yang kita nak cek. Dalam kes ni umur < 30.

Kemudian, letak tanda soal(?). Tanda soal ni lah yang dinamakan conditional operator.

Maksudnya kita bagitau komputer, "umur < 30... ye ke?".

Dan kalau ya, dia akan pilih pilihan pertama, kalau tak pilihan yang kedua.

Nak bezakan pilihan pertama dengan pilihan kedua cari titik bertindih, ':'. Yang belah kiri kalau soalan tu true, kalau false dia ambik yang belah kanan.

Jadi, lepas kita run kita akan dapat:

masih muda


Disebabkan kita punya conditional operator ada dalam print statement, maka program kita akan terus print pilihan String tu.

Itu saja untuk pengenalan kepada conditional operator.

Kelemahannya cuma kita tak boleh bagi banyak pilihan macam yang kita buat guna if else.

Tutorial 19 - else if Statement

Sekarang kita akan tengok else if.

Secara ringkasnya, else if ni untuk kita bagi lagi banyak piihan kat program kita.

Sebelum ni kita guna if statement dengan pasangan dia else. Kalau program tak buat yang if, dia akan cari jalan alternatif kat else.

Yang else if ni pulak untuk kita tambah lagi pilihan kat program kita.

Source code untuk tutorial kali ni kita guna:

if else if statement in java


Dalam code ni, kita guna else if kat line 8 ngan 10.

Bila kita run, kita akan dapat:

umur 40an


Mula-mula dia cek, umur > 60? Tak, cek lagi umur > 50? Tak jugak... umur > 40? Oh ya... lepas tu print "umur 40an".

Dan ingat, lepas dia dah jumpa jawapan yang betul, dia takkan tengok dah pilihan lain yang kat bawah tu.

Jadi, itu saja...

Sunday, November 27, 2011

Tutorial 18 - if Statement Dalam if Statement

Tutorial kali ni kita akan tengok satu teknik yang kita boleh guna untuk if statement, iaitu if dalam if atau dalam bahasa orang putihnya sebagai nested if statement.

Code untuk program kita ni kita buat macam ni:

nested if statement in java


Perhatikan kat line 10 sampai line 14 kita ada tambah satu lagi if else.

Jadi, program kita ni mula-mula dia akan cek variable 'umur'.

umur < 50? Oh, tak... pergi ke else.

Kat else dia print "dah tua..."

Lepas tu dia jumpa lagi satu if else. umur > 80? oh, tak... pergi ke else. Lepas tu print "tak tua sangat...".

Jadi, hasil program kita macam ni:

dah tua...
tak tua sangat...


Itu saja untuk tutorial kali ni. Sekian.


Buat team Harimau Muda, jangan kecewa... gol last minit tu memang tanda kita takde rezeki, nak buat macam mana. Hari ni kita kalah, akan datang belum tentu lagi.

Friday, November 25, 2011

Tutorial 17 - Constructor

Tutorial kali ni kita akan belajar benda baru iaitu constructor.

Secara ringkasnya, constructor bermaksud method yang akan berfungsi sebaik saja kita panggil sesuatu class. Kalau tak paham takpe, kita akan tunjuk lepas ni.

Sekarang kita akan guna balik program kita dari tutorial 16.

Sekarang kita tukar method Home jadi macam ni:

terus guna method cakap


Lepas kita panggil class Monyet, kita terus guna method cakap(). Hasilnya:

Monyet pernah curi ko punya null


Apebende null ni?

Null ni maksudnya "takda apa-apa". Maksudnya di sini kita punya instance variable tu takda apa-apa lagi. Kita tak masukkan apa-apa lagi dalam instance variable.

Nak elak benda macam ni, kita boleh guna constructor.

Sekarang kita tambah constructor dekat class Monyet:

constructor in java


Yang kita highlight-kan tu la yang dipanggil constructor. Nama constructor mesti SAMA dengan nama class.

Untuk tutorial ni, kita punya constructor berfungsi sama macam method setMakanan().

Disebabkan kita punya constructor ada parameter, kita kena tukar sikit class Home, macam ni:

constructor that has parameter


Jadi, kat line 6 tu kita masukkan String dalam kurungan class Monyet.

Bila kita run, hasilnya:

Monyet pernah curi ko punya maggie


Itu saja pengenalan kepada constructor.

Sekarang kita tambah sikit code kat class Home:

object-oriented programming


Kat sini kita panggil class Monyet dua kali dan letak dia kat objek nyet dengan nyet2. String yang kita masukkan kat constructor pun lain-lain.

Jadi, bila kita run kita akan dapat:

Monyet pernah curi ko punya maggie
Monyet pernah curi ko punya nesvita


Kat sini kita dapat tengok setiap objek ada instance variable dia yang tersendiri ikut apa yang kita masukkan.

Inilah yang orang putih cakap object-oriented programming. Setiap objek tu ada ciri-ciri dia yang tersendiri.

Jadi, itu saja tutorial untuk kali ni.

Oh, sebelum terlupa, constructor tak ada dan tak boleh ada return type(contoh macam void, int, String dll).

Tutorial 16 - Instance Variable

Instance variable sama saja macam variable yang biasa cuma tempat nak declare je yang lain. Kiranya instance variable ni macam variable untuk class la.

Sekarang kita akan buat program untuk demo instance variable. Jadi, kita akan guna dua class, Home dan Monyet.

Code untuk Home(kalau tak nampak, klik kat gambar):

monyet java


Untuk Monyet:

class monyet


Instance variable yang dimaksudkan adalah yang ni:

java instance variable


Kebiasaannya instance variable kita bubuh private.

private tu bermaksud variable tu hanya boleh diguna dalam class dia saja. Dia tak boleh guna direct dari class lain.

Sekarang kita ada tiga method dalam Monyet.

Method setMakanan() untuk kita set(masukkan nilai) kita punya instance variable.

Method getMakanan() untuk kita get(ambik nilai) apa saja benda yang dimasukkan ke dalam instance variable tu.

Method cakap() untuk print instance variable tu. Oh, kat sini kita guna cara nak print lain sikit guna printf. Printf bermaksud print ikut format yang kita tentukan. Kat sini kita punya format "Monyet pernah curi ko punya %s". %s tu tempat kita nak letak String.


Sekarang kita tengok Home pulak.

Line 1 sampai 10 rasanya tak payah terang kot. Dah expert kan?

Line 11 kita start guna method dari Monyet. Kat sini kita guna setMakanan() untuk masukkan input dari user ke dalam instance variable.

Line 12 kita guna method cakap() untuk print balik kita punya instance variable.

Jadi, output program kita akan jadi macam ni(warna hijau tu input dari user):

output java monyet


Itu saja untuk tutorial kali ni...


Jadi, kenapa kita kena bubuh private kat instance variable?

Ok, contoh kalau kita nak buat program macam stopwatch. Kita nak simpan saat je untuk instance variable. Kalau user nak bubuh masa untuk 10 jam kan susah, dia pulak yang nak kena kira nak tukar ke saat. Kalau silap kira, dah jahanam pulak program tu.

Jadi, itu sebab kita bubuh private, dan kita buat satu method set untuk ambik dalam unit jam pastu tukar ke saat. User tak payah la susah-susah nak kira sendiri.

Wednesday, November 23, 2011

Tutorial 15 - Cara Guna Method Yang Ada Parameter

Tutorial kali ni kita akan tengok macam mana nak guna method yang ada parameter.

Buat masa ni anggap parameter tu macam maklumat tambahan yang diperlukan untuk guna method tersebut.

Untuk demo ni, kita akan guna dua class. Satu nama Home, satu lagi nama PeningKepala. Method main() kita letak dalam class Home, dan method yang ada parameter dalam class PeningKepala.

Program kita ni nanti akan tanya nama pengguna kemudian dia akan bagi salam kat pengguna.

Yang ni code untuk class Home:

java pening kepala


Yang ni untuk PeningKepala:

java bagi salam


Benda yang kita nak fokus sekarang adalah parameter. Yang ni lah kita panggil parameter:

parameter java


Jadi bila kita run, output dia macam ni(kaler hijau tu pengguna yang tulis):

output program java


Sekarang kita review balik apa yang berlaku pada program kita. Kita mula dengan class Home dulu.

Program kita ni kena ambik input dari pengguna jadi kita guna Scanner. Ingat lagi kan macam mana nak guna Scanner?

Kat line 8, kita declare class PeningKepala guna objek nama 'batu'.

Kat line 10, kita hanya bagitau pengguna nak buat apa.

Line 11, kita guna method dari Scanner iaitu nextLine(). Method nextLine() akan ambik input dari pengguna dalam bentuk String. Jadi, kat line 11 ni, program akan ambik input dari pengguna kemudian masukkan ke dalam variable 'nama'.

Kat line 13 barulah kita guna method yang ada parameter iaitu method bagiSalam().

Perhatikan yang kita masukkan variable 'nama' kat dalam kurungan method bagiSalam(). Ini sebab method bagiSalam() perlukan String, baru boleh guna.

Sekarang kita tengok class PeningKepala pulak sebab kita nak tau apa yang method bagiSalam() tu buat.

Jadi kat line 5, program akan print apa saja String yang kita masukkan ke dalam kurungan bagiSalam() tadi.

Nak lagi jelas boleh rujuk gambar ni kalau nak tengok dia punya urutan(klik kat gambar kalau tak jelas):

urutan program java


Itu saja untuk tutorial ni. Kalau ada keliru mana-mana boleh komen kat bawah atau hantar kat email/fb/twitter.

Sunday, November 20, 2011

Tutorial 14 - Cara Guna Beberapa Class

Sebelum ni semua program kita hanya guna satu class saja. Jadi, kali ni kita akan tengok macam mana nak buat satu program yang ada beberapa class.

Kalau guna Eclipse, nak buat class yang baru, klik kanan kat src kemudian New > Class.

bukak class baru dalam eclipse


Sekarang kita dah ada dua class. Satu class Blogspot, satu lagi class ClassBaru.

program yang ada dua class


Untuk demo tutorial ni, kita cuba buat benda simple. Kita cuba code ni:

method dalam class yang baru


Sekarang kita buat satu method yang bernama printSesuatu.

public bermaksud semua boleh guna method tu. void pulak maksudnya method tu akan buat sesuatu.

Jadi, bila kita run, output dia macam ni:




Kenapa? Program tak jalan macam yang kita nak kan?

Ok, sebenarnya bila kita run program Java, method pertama sekali yang akan dia tengok adalah main(). Sekarang kita punya main() ada dalam class Blogspot, dan kita tak buat apa-apa lagi kat method tu.

Sekarang sebagai demo, cara kita nak guna method printSesuatu() daripada main() macam ni:

panggil class lain dalam method main


Sebelum kita boleh guna mana-mana class, kita mesti sandarkan class tu pada satu objek(object).

Kat line 6, objek kita bernama objek, dan kita sandarkan ClassBaru yang baru pada objek.

Nak senang faham, anggap saja yang objek ni sebagai rujukan untuk guna mana-mana class. Kalau perasan la, cara kita declare objek sama macam kita declare variable.

Selepas dah ada objek, baru kita boleh guna method yang ada dalam class ClassBaru. Sekarang kita nak guna method printSesuatu().

Jadi, apa yang kita kena buat, tulis nama objek, kemudian dot '.', Lepas tu nama method yang kita nak guna.

Dan lepas kita run sekali lagi, hasilnya:

tak sabar rasanya nak berbini


Itu saja untuk tutorial kita kali ni.

Jadi, kenapa kita ngada-ngada sangat nak buat banyak-banyak class ni kan?

Ok, bayangkan la kalau kita jadi boss untuk syarikat game. Kita boleh suruh orang ni buat class ni, orang tu buat class yang tu, dan last sekali kita yang sebagai boss ni boleh guna class yang dah siap tu kat main(). Dapat menjimatkan masa.

Saturday, November 19, 2011

Tutorial 13 - While Loop

Sekarang kita akan belajar benda baru iaitu loop.

Kita boleh guna loop kalau kita nak program ulang-ulang kita punya code sebanyak mana yang kita tentukan.

Sekarang cuba run code kat bawah ni:

cara guna while loop


Hasilnya macam ni:

0
1
2
3
4
5
6
7
8
9


Nampak, kita guna print sekali saja, tapi program kita print 10 kali.

Cara nak guna while loop, tulis while kemudian tulis kita nak loop sampai bila dalam kurungan. Untuk program kita, dia akan loop selagi i < 10.

Akhir sekali, kita kena buat sesuatu kat code kita supaya dia boleh berhenti.

Ingat tak sebelum ni kita ada belajar pasal increment? Ok, sekarang kita boleh guna benda alah tu untuk berhentikan loop kita.

Jadi, nanti bila run, variable i akan bertambah satu-satu sampai la dia tak menepati apa yang kita tulis dalam kurungan tu, iaitu i < 10.

Yang increment tu sangat penting sebab kalau variable i tu tak bertambah, nilai dia selama-lamanya akan kurang daripada 10. Jadi, program kita akan berulang-ulang tanpa henti dan berpotensi menyebabkan komputer kita losak.

Itu saja rasanya untuk tutorial 13. Praktis guna loop. Loop ni boleh buat program yang menarik kalau kena gayanya.

Tutorial 12 - Statement 'Switch'

Ok, katakanlah kalau kita nak buat program guna if else macam ni:

if else yang serabut


Tak ke serabut nak tengok code tu? Jadi, untuk tutorial ni kita akan belajar alternatif kepada if else iaitu switch.

Kita boleh coding program yang sama macam kat atas tu menggunakan switch, macam ni:

switch statement


Baru la kemas sikit...

Cara nak guna switch, mula-mula tulis switch kemudian kurungan. Dalam kurungan tu kita tulis variable yang nak kita test. Lepas tu tulis kurungan yang macam langsir tu untuk buat body dia.

Dalam body dia, barulah kita tulis apa yang nak dibuat oleh program menggunakan perkataan case.

Case tu bermaksud kalau variable yang kita tulis dalam kurungan tu sama dengan case, program akan jalankan step yang selepas titik bertindih tu.

Yang break tu pulak nak suruh program jangan tengok dah pilihan yang lain lepas dia dah jalankan step dia.

Untuk default tu dia akan run bila variable yang kita test tu takde langsung dalam case yag kita sediakan. Maksudnya kalau variable yang kita test tak sama dengan case yang ada, baru dia jalankan yang default. Dia sama macam else la kiranya.

Itu saja untuk tutorial 12. Switch ni cuma alternatif kepada if else kalau nak bagi code kita lebih kemas saja, tapi dia masih ada kelemahan.

Contoh, switch statement tak boleh buat macam ni:

if (umur == 1 || umur == 2)


macam ni pun tak boleh:

if (umur < 5)


Switch hanya boleh digunapakai kalau kita nak test satu nilai pada satu masa. Dia tak boleh test kalau variable tu dalam lingkungan sekian-sekian.

Thursday, November 17, 2011

Tutorial 11 - Logic

Sebelum ni kita hanya guna satu syarat saja untuk program buat pilihan menggunakan if statement, kali ni kita tengok macam mana nak tetapkan beberapa syarat untuk satu pilihan menggunakan logical operator.

Kita akan guna source code ni sebagai rujukan:

operasi lojik


Output dia:

Boleh masuk


Dalam source code ni kita fokus kat line 10 saja.

Logical operator yang telah kita guna kat sini adalah '&&', disebut sebagai AND atau dalam bahasa Melayu DAN.

Kalau kita letak operasi AND bermaksud semua syarat mesti dipenuhi sebelum program boleh jalankan step seterusnya, kalau takde dia akan pergi ke else(kalau ada else).

Nak bagi lebih nampak, tukar line 10 tu jadi macam ni:

if (laki > 18 && pompuan < 30)


dan apabila kita run, kita akan dapat

Boleh belah


Syarat yang pertama tu dah dipenuhi tapi syarat yang kedua tu tidak dipenuhi, akhirnya program pilih untuk jalankan step else.

Satu lagi logical operator adalah '||', disebut sebagai OR dan dalam bahasa Melayu sebagai ATAU.

Untuk demo, cuba tukar line 10 jadi macam ni

if (laki > 18 || pompuan < 30)


dan hasilnya

Boleh masuk


Untuk operasi OR ni pulak, paling kurang mesti ada SATU syarat yang dipenuhi. Dalam kes ni syarat yang pertama sudah dipenuhi, jadi dah cukuplah untuk program jalankan step yang seterusnya.

Kalau dua-dua syarat tak dipenuhi barulah program akan pilih ke else.

Jadi, itu saja untuk tutorial kali ni. Kalau ada pening kat mana-mana boleh tinggalkan komen atau hantar ke email.

Monday, November 7, 2011

Tutorial 10 - If... else...

Tutorial 10 kali ni kita akan buat program yang boleh buat pilihan guna statement if...else.

If else ni macam kalau kita nak program buat benda yang berlainan bergantung kepada situasi yang kita tentukan. Contoh kalau anda lelaki, kita nak dia print "anda macho", kalau perempuan, kita nak dia print "anda cun".

Sekarang boleh cuba coding ni:

if else dalam java


Bila kita run, ni output dia:

justin bibir


Ok, sebelum aku terangkan apa yang berlaku, perhati kat line 8 ada benda baru, iaitu tanda ==.

Yang tu salah satu daripada tanda yang boleh kita guna untuk buat perbandingan. Tengok betul-betul ada dua simbol '='. Sebelum ni kan kita ada belajar kalau satu simbol '=' bermaksud kita masukkan data ke dalam variable, kalau dua bermaksud kita buat perbandingan.

Kat bawah ni tanda-tanda yang boleh diguna untuk buat perbandingan:

SimbolMaksud
==sama dengan
!=tak sama dengan
>lebih besar daripada
<lebih kecik daripada
>=lebih besar atau sama dengan
<=lebih kecik atau sama dengan


Ok, sekarang kita tengok pulak apa yang berlaku kat program kita.

Statement if else untuk program kita ni bermula dari line 8 sampai 12.

Nak mula if else tulis if dulu kemudian diikuti dengan kurungan. Dalam kurungan tu kita tulis dia punya situasi. Kemudian kita tulis apa nak dibuat untuk situasi tu.

Untuk program kita ni, kalau nombor sama dengan 10, kita suruh dia print "lalala".

Kalau tak menepati situasi tu, dia akan pergi tengok pilihan lain pulak, dia akan pergi ke else. Kat else, dia akan print "justin bibir".

Dalam coding kita ni, kita masukkan 5 ke dalam nombor.

Lepas tu, dia masuk ke statement if else. Dia cek kalau sama dengan 10, print "lalala", kalau tak, print "justin bibir". Untuk kes kita ni, 5 mesti la tak sama dengan 10, tak percaya tanya mak. Jadi, itulah sebabnya output kita keluar

justin bibir


Sekarang tukar line 8 guna simbol '<'.
if (nombor < 10)


Bila kita run, output dia:

lalala


Sekarang 5 sememangnya lebih kecik dari 10, tak percaya tanya ayah. Jadi, dia akan pilih laluan untuk print "lalala".

Statement if else ni dia akan run satu pilihan sahaja. Macam yang baru tukar ni. Lepas dia print "lalala", dia takkan print "justin bibir" sekali sebab tu dah dalam pilihan yang lain.

Tapi semasa dia buat pilihan, dia akan cek pilihan yang atas dulu.

Itu saja, habis sudah...

Tutorial 9 - Increment

Masa untuk belajar pasal increment. Increment ni maksudnya penambahan pada satu jumlah dalam kadar tertentu.

Sekarang tengok kat coding ni:

pre increment


Output dia:

6


Kat line 7, increment berlaku bila kita taip ++beruk. Bila kita bubuh dua '+' dekat variable beruk, automatik dia akan bertambah sebanyak 1.

Increment ada 2 jenis:

1. pre-increment
2. post-increment

Yang kita baru guna ni pre-increment. Post-increment kalau kita bubuh '+' dekat belakang variable, jadi macam beruk++.

Bezanya,

Pre-Increment(++beruk)Post-Increment(beruk++)
Tambah dulu sebelum digunapakaiGuna dulu kemudian baru ditambah


Nak bagi nampak, kita buat coding bawah ni:

post increment


Hasilnye:

5
6


Kat line 7 kita buat post-increment. Kita print beruk++ tapi dia keluar nilai asalanya iaitu 5. Maksudnya dia tak increment lagi.

Lepas dah print baru beruk bertambah 1. Sekarang beruk tengah pegang nombor 6.

Nak tau dia bertambah ke tak, kita print beruk sekali lagi sebab kita nak tengok nilai dalam beruk tu. Itu sebab dia print 6.

Sekarang kita tengok macam mana kalau nak tambah lebih dari 1.

Caranya kita guna tanda '+='. Tengok kat bawah ni:

tambah nilai lebih dari satu


Kat line 7 tu maksudnya kita tambah 10 dekat variable beruk tu. Jadi, bila kita print, memang dia akan keluar:

15


Sebenarnya statement beruk += 10; tu sama saja dengan statement macam ni:

beruk = beruk + 10;


Maksudnya kita ambik nilai asal dalam variable beruk, tambah dengan 10, kemudian masukkan balik ke dalam beruk. Cuma benda ni diringkaskan saja.

Increment boleh jugak guna untuk tolak(decrement).

Guna *= pun boleh, maksudnya kita darab nombor asal dalam satu variable dengan apa-apa nombor kemudian masukkan balik ke dalam variable tu.

Contoh,

int beruk = 5;
beruk *= 2;
System.out.println(beruk);


output dia adalah 10.

Itu saja untuk tutorial ni. Sekian. Kesian.

Tutorial 8 - Operasi Matematik

Tutorial ni kita akan belajar cara guna operasi matematik macam tambah, tolak, bahagi, darab dll dalam Java.

Tanpa buang masa, ni codingnya:

operasi tambah dalam java


Sekarang kita declare tiga variable jenis integer. Lepas tu guna tanda '+' untuk tambah nombor dalam variable ketupat dengan rendang kemudian masukkan ke dalam variable tandas.

Bila kita print variable tandas, dia keluar nombor yang dah ditambah. Hasilnya:

10


Kat bawah ni simbol-simbol yang boleh digunapakai untuk operasi matematik:

   + untuk tambah
   - untuk tolak
   * untuk darab/kali
   / untuk bahagi
   % untuk modulus(ambik baki)

Sekarang cuba tukar sikit coding, kita buat 5 bahagi 2.

bahagi integer dalam java


Bila kita run, hasilnya:

2


Pelik kan? Sepatutnya 5 bahagi 2 dapat 2.5. Tak percaya boleh cuba.

Ok, sekarang tengok balik kat line 6. Kita declare tiga-tiga variable tu dalam jenis integer. Ingat tak sebelum ni kita ada belajar yang integer ni adalah nombor bulat yang takde perpuluhan.

Jadi, macam mana kalau kita nak jugak bagi dia dapat 2.5? Senang saja. Kita tukarlah jenis variable tu kepada double.

tukar kepada double


Hasilnya macam yang kita nak:

2.5


Sekarang kita akan belajar guna modulus pulak, iaitu tanda '%'.

Kita buat benda simple je. Kita buat 5 modulus 2.

cara guna modulus


Hasilnya:

1


Ok, apa yang sebenarnya berlaku adalah macam ni.

Bila 5 bahagi 2 akan dapat 2 baki 1. Kalau lupa boleh tanya cikgu darjah 1.

Simbol '%' ni dia akan ambik baki selepas bahagi. Jadi, kat line 9 tu selepas dibahagi, baki yang tinggal tu akan dimasukkan ke dalam variable tandas. Dalam kes ni baki kita adalah 1.

Last sekali bila kita print, kita akan nampak berapa baki dia.

Modulus ni menarik jugak, boleh diguna untuk buat benda yang kita tak terpikir. Nanti kita belajar.

Ok, itu saja untuk tutorial kita kali ni. Main-main dulu dengan operasi matematik yang baru kita belajar ni.

Sunday, November 6, 2011

Tutorial 7 - Buat Kalkulator

Kali ni kita akan guna semua kaedah yang kita dah belajar sebelum ni untuk buat satu program kalkulator yang simple saja.

Kalkulator kita ni akan mintak dua nombor daripada user kemudian tambah dua-dua nombor tu. Ok, ni coding dia(kalau tak nampak klik je gambar tu):

kalkulator command line


Kat bawah ni pulak output dia(warna hijau tu yang user masukkan):

output program kalkulator


Ok, sekarang aku akan terangkan.

Kalkulator kita macam kalkulator lain yang wujud mesti la boleh berinteraksi dengan user.

Kita baru belajar guna Scanner untuk ambik input dari user, jadi takde pilihan lain kita guna saja. Sekarang Scanner kita nama dia kucing.

Kat line 7 kita declare 3 variable jenis double. Double ni data jenis nombor yang ada perpuluhan.

Kat sini pun sengaja aku buat cara declare variable lain sikit, guna koma ','. Cara ni hanya boleh diguna kalau jenis data-data tu sama. Dalam kes ni tiga-tiga jenis double.

Kat line 9 kita bagitau user suruh taip apa-apa nombor.

Line 10 kita guna method dalam Scanner, iaitu nextDouble(), untuk ambik apa-apa nombor daripada user kemudian masukkan ke dalam variable nombor1. Ok, sebelum ni kita guna nextLine(). Yang tu untuk ambik input jenis string, nextDouble() untuk ambik input jenis double.

Line 12-13 sama macam 9-10. Ambik input dari user lepas tu masukkan ke dalam variable nombor2.

Line 15 kita akan tambah apa-apa nombor dalam nombor1 dengan apa-apa nombor dalam nombor2 dan masukkan ke dalam variable jawapan.

Last sekali, kat line 16 kita paparkan jawapan kat skrin.

Itu saja setakat ni. Cuba praktis bagi mahir semua benda yang kita guna dalam tutorial ni. Sekian.

Saturday, November 5, 2011

Tutorial 6 - Input Dari User

Tutorial kali ni kita akan belajar macam mana program boleh berinteraksi dengan pengguna. Nak bagi senang, kita akan guna benda yang sudah sedia ada dalam Java, iaitu Scanner.

Sebelum kita boleh guna Scanner, kita mesti import benda alah tu dulu.

import java.util.scanner


Kat line 1 tu la statement untuk kita import kita punya Scanner. java.util. tu memang tempat terletaknya Scanner.

Lepas dah import, kita kena "panggil" Scanner untuk kita guna dalam method main(). Boleh tengok gambar kat bawah ni:

calling a scanner


Kat line 5 ni, kita guna variable 'input' untuk Scanner kita. Tanda '=' bermaksud kita assign sesuatu. Untuk ni, kita just assign Scanner yang baru untuk 'input'. Nak guna nama apa pun boleh untuk ganti 'input' tu.

Yang System.in tu kita baca input daripada komputer kita punya input, dan input yang ada sekarang adalah keyboard. Jadi, kita akan ambil input daripada keyboard kita.

Dah siap panggil Scanner tu, sekarang program dah ready untuk ambik input dari user. Sekarang kita buat program simple je. Coding dia macam ni(kalau tak nampak, klik je kat gambar tu):

contoh penggunaan scanner


Output program kita macam kat bawah ni(teks warna hijau tu aku taip guna keyboard):

output scanner


Ok, sekarang aku akan terangkan apa yang berlaku waktu kita run program ni.

Kat line 5 kita panggil Scanner guna variable 'input' yang akan ambik input daripada keyboard.

Line 6 kita declare variable 'nama' untuk data jenis string. Jadi, komputer akan sediakan satu tempat untuk simpan data tersebut.

Kat line 8 tu ada lain sikit. Selalu kita guna println() kan... tapi kali ni kita guna print(). Dia lebih kurang je, bezanya kalau println(), selepas dia paparkan dekat skrin dia akan pergi ke line yang baru. Kalau print() dia takkan pergi ke line baru selepas paparkan kat skrin.

Kat line 9 baru kita guna method daripada Scanner yang kita import sebelum ni, iaitu nextLine().

Ok, sebelum tu nak bagitau sebenarnya Scanner adalah class. Kalau kita nak guna method dari class luar, kita mesti ada object untuk panggil method dari class luar tu. Dalam tutorial ni kita guna object nama 'input' untuk panggil method dari class Scanner.

Itu sebabnya kita tulis input.nextLine(), kalau tulis nextLine() sahaja nanti keluar error sebab sistem tak jumpa method nextLine().

Method nextLine() ni akan ambik apa-apa sahaja yang kita taip dari keyboard. Untuk coding kita, dia akan ambik input dari keyboard kemudian masukkan ke dalam variable 'nama'.

Line 11 pun ada benda baru, iaitu tanda '+'. Untuk string, kita boleh gabung beberapa string guna tanda '+'. Istilah dalam bahasa omputih nya string concatenation.

Jadi, kat line 11, komputer akan paparkan balik variable 'nama' yang sudah dimasukkan dengan input daripada keyboard.

Itu saja untuk tutorial ni. Praktis sikit guna variable tu semua.

Tutorial 5 - Variable

Tutorial kali ni kita akan belajar satu benda yang dipanggil variable.

Variable ni lebih kurang macam tempat untuk simpan satu data. Kat sekolah kan kita ada belajar matematik macam "x = 5". Dia lebih kurang macam tu. Sama tapi tak serupa.

Sekarang cuba tulis coding ni:

pengenalan kepada variable


Kat line 6 tu kita declare variable yang bernama "nombor". Maksudnya dekat line 6 ni kita bagitau kat komputer suruh dia sediakan satu tempat untuk data jenis integer dan labelkan tempat tu sebagai "nombor".

Kat line 7 pula kita masukkan 5 ke variable "nombor" tadi. Ingat, tanda '=' dalam Java bukan bermaksud 'sama dengan' tapi sebenarnya assignment operator. Maksudnya kita masukkan data yang belah kanan tanda '=' ke dalam variable yang kat belah kiri.

Yang line 9 tu, kita guna kaedah sebelum ni untuk tengok kat skrin benda apa ada pada variable "nombor" tu. Perasan tak yang sebelum ni kita ada bubuh koma atas kat dalam kurungan tu. Dia nampak macam ni, System.out.println("Hello Blogger");

Koma atas tu untuk kita bagitau komputer yang benda tu adalah data jenis string. String ni macam ayat la lebih kurang.

Ok, sambung balik. Lepas dah tulis coding tu, cuba run. Hasilnya:
5

Dekat line 9 tu, kita suruh komputer paparkan variable "nombor". Jadi, apa-apa saja yang ada dalam variable "nombor" akan dipaparkan.

Set dalam kepala anda yang variable ni merupakan tempat simpan data dan hanya akan pegang satu data sahaja pada satu masa.

Sekarang cuba pula tulis coding ni:

satu nilai pada satu masa


Kat line 8 ada tambah satu lagi statement. Kita suruh komputer masukkan 10 ke dalam variable "nombor" yang sebelum tu dah ada 5. Ingat satu variable hanya boleh pegang satu data sahaja pada satu masa.

Lepas kita run coding ni hasilnya:
10

Data yang lama dah takde, diganti dengan data yang baru.

Itu saja untuk pengenalan dengan variable. Variable ni banyak gunanya.

Tutorial 4 - Hello Blogger

Sebelum kita mula tutorial ni, ada sikit benda nak kena buat kat Eclipse.

Mula-mula buka dulu Eclipse. Ok, pada asalnya Eclipse tak tunjuk nombor line kat text editor dia. Jadi, klik kanan kat tepi text editor tu dan klik Show Line Numbers.

show line numbers in eclipse ide


Nombor line ni penting, sebab nanti bila ada error selalunya dia tunjuk nombor line. Kalau bawah 10 boleh kira lagi, kalau beribu line? Nazak jugak tu.

Ok, sekarang kita akan mula tutorial ni. Untuk tutorial kali ni aku akan terangkan pasal coding kita yang lepas.

hello blogger


Setiap program Java terdiri daripada Class dan Method.

Untuk coding kita tu nama class kita adalah "mangkuk", dan method yang ada adalah main(). Nak kenal method boleh nampak lepas nama method tu ada bukak kurungan dengan tutup kurungan, contoh method main().

Buat masa ni follow je benda alah public static void tu, yang tu lain pulak ceritanya, dia ada kisah dia sendiri.

Sekarang anggap Class tu macam badan kepada program kita dan Method tu macam "resepi".

Selalu kita tengok dalam buku resepi mak kalau nak buat kek ada dia punya step by step kan. Sama dalam programming, ada dia punya step, kaedah nak run program tu.

class dan method


Bila kita run program Java, komputer akan mula cari method main() dulu. Jadi, tak kisah kita nak letak method main() kat mana asalkan dia duduk dalam class.

Untuk coding kita, dalam method main() ada method println(). Yang "System.out." tu ingat je dulu. Akan diterangkan kat tutorial akan datang.

System.out.println() gunanya untuk suruh komputer paparkan dekat skrin benda yang kita letak dalam kurungan tu. Untuk tutorial ni kita letak "Hello Blogger". Jadi, maksudnya kita suruh komputer paparkan Hello Blogger dekat skrin.

Setiap step atau lebih dikenali sebagai statement mesti berakhir dengan semicolon (tanda ';'). Jadi kalau ada 10 method println(), setiap println() tu mesti ada semicolon.

Itu saja untuk tutorial ni. Main-main dulu dengan coding ni nanti senang nak ingat dia punya syntax.

Friday, November 4, 2011

Tutorial 3 - Pengenalan Kepada IDE

Tutorial sebelum ni kita dah buat program guna text editor dengan command prompt untuk tulis coding, compile dan run kita punya coding.

Tapi kalau guna cara macam tu ada kelemahan dia. Contoh, kalau kita punya coding tu ada error, macam mana kita nak tau mana error dia kan. Kalau macam coding pendek macam Tutorial 2 tu takpe lagi, macam mana kalau coding kita sampai beribu line, tak ke nazak nak cari error dia.

Jadi, masalah ni boleh diatasi dengan menggunakan Integrated Development Environment(IDE). IDE ni merupakan text editor khas untuk buat programming.

Untuk Java, IDE yang biasa orang guna adalah Eclipse dengan Netbeans. Sepanjang tutorial Java ni kita akan guna Eclipse sebab komputer kat sini dari zaman T-Rex, tak larat nak guna Netbeans. Kalau anda nak guna Netbeans silakan, tak salah.

Update 15 Oktober 2014

Selepas buat beberapa projek, saya dapat serba sedikit pengalaman semasa menggunakan IDE. Saya juga sempat menggunakan semua IDE untuk Java iaitu IntelliJ, Eclipse, dan Netbeans. Disebabkan tutorial 3 ini ditulis pada tahun 2011, jadi banyak jugalah cadangan-cadangan saya yang sudah outdated. Sepanjang tempoh tersebut telah banyak berlaku perubahan pada IDE Java. Performance Netbeans telah meningkat secara mendadak, IntelliJ telah keluar ke pasaran, dan lain-lain. Pada pandangan saya, ranking IDE terbaik untuk Java pada waktu ini adalah:
1. IntelliJ
2. Netbeans
3. Eclipse

Kesimpulannya, saya cadangkan sesiapa yang ikut tutorial blog ni boleh terus menggunakan Netbeans, dan kalau anda nak lebih produktif boleh cuba IntelliJ. Saya tak cadangkan IntelliJ dahulu sebab dia terlebih canggih (tekan satu huruf dia dah tau kita nak tulis apa), takut-takut nanti anda tak dapat input dari apa yang anda belajar dari blog ini, tapi kalau nak guna jugak dipersilakan, IntelliJ sangat-sangat terbaik!

Nak download Eclipse, boleh klik sini.

Dah download install semua, sekarang kita nak test coding dari Tutorial 2 guna Eclipse.

Jadi, buka Eclipse. Pergi File>New>Java Project. Tulis je apa-apa nama pun(untuk demo kita bubuh nama projek Blogspot), kemudian klik Finish.

Nanti dekat panel sebelah kiri ada projek kita. Klik kanan kat projek tu, kemudian New>Class. Tulis nama class kita "mangkuk" sebab kita nak buat coding macam dari Tutorial 2.

Dah siap, kalau "rajin" boleh copy n paste coding dari Tutorial 2 ke Eclipse.

Nak run, hanya klik kat butang yang ada gambar macam Play tu warna hijau dan hasilnya boleh nampak kat panel bawah tu.


eclipse ide


Nampak kan? Nak run senang, nak tengok output dia pun senang, bawah tu je.

Ok, akhirnya setel sudah kita punya muqadimah untuk tutorial Java. Benda-benda alah yang diperlukan dah download dah install semua. Lepas ni kita akan belajar programming dengan Java.

Itu saja untuk tutorial kali ni.

Tutorial 2 - Cara Nak Run Program Java

Update 26 Jun 2015: Disebabkan ada yang tak boleh save ke folder bin, sila ikut tutorial video di bawah. Punca anda tak boleh save ke dalam folder bin adalah disebabkan folder anda memerlukan Administrator permission.



Untuk Tutorial Java yang kedua ni, kita akan belajar macam mana nak run program Java.

Sebelum nak run program, mesti la kena ada program dia. Dan kalau nak buat program dia, mesti la kena buat coding dulu kan...

Untuk tutorial ni kita akan buat program yang akan keluarkan ayat "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola" pada skrin.

Mula-mula buka text editor yang anda ada, tak kisah la notepad ke notepad++ ke. Lepas tu tulis coding ni, kalau "rajin" boleh copy n paste:

public class mangkuk {

public static void main(String[] args) {

System.out.println("Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola");

}

}


Ok, jangan pening. Ingat, tutorial ni kita nak tengok macam mana nak run program Java sahaja, belum start belajar coding dia lagi. Mula-mula tak payah ambik tau sangat pasal coding ni, ikut je dulu. Nanti akan datang kita akan belajar maksud perkataan-perkataan alien tu.

Dah siap tulis, save sebagai "mangkuk.java" dalam folder bin kat "C:\Program Files\Java\jdk1.6.0_29\bin". Yang folder bin tu kalau anda install JDK kat tempat default, kalau install kat tempat lain, pandai-pandai la cari ya...

Kemudian, buka command prompt. Tukar path ke folder bin yang save "mangkuk.java" tadi. Cara dia tulis "cd C:\Program Files\Java\jdk1.6.0_29\bin". Lagi sekali path tu bergantung kat mana anda install JDK.

Yang bahagian "cd C:\..." tu bukan Java, yang tu cuma cara nak guna Command Prompt je.
Ok, sambung balik. Lepas dah tukar path, tulis "javac mangkuk.java", tekan Enter.

javac ni untuk kita suruh komputer compile kita punya coding tadi.

Dah siap compile dan inshaAllah tak ada error, baru la kita akan run kita punya program tu. Cara dia tulis kat command prompt, "java mangkuk", tekan Enter. Tadaa... maka terpampang lah hasil kita punya program tu.

javac compile guna command prompt


Jadi, dah nampak kan macam mana nak run program Java. Itu saja lah untuk tutorial kita yang kedua ni, kalau ada soalan boleh tanya kat kotak komen kat bawah.

Maka setelah anda habis membaca dan mencuba tutorial ni, secara rasminya anda telah bergelar seorang programmer. Seronok kan?

Tutorial 1 - Install JDK

Selamat datang ke Tutorial Java kita yang pertama.

Sebelum kita mula programming dalam Java, mula-mula kita mesti install Java Development Kit(JDK) dulu. Mana nak cari? Ok, disebabkan anda terlebih "rajin", saya akan bagi link nak download JDK, klik sini.

Download yang Java SE punya. Nak download Java EE pun boleh tapi untuk tutorial kat sini kita guna Java SE. Nak pilih mana tak kisah sangat cuma bezanya yang Java EE ada support untuk server-programming.

JDK ni gunanya untuk compile kita punya coding sebelum komputer kita boleh run program yang kita coding-kan tu. Compile maksudnya dia tukar kita punya coding kepada bahasa yang boleh komputer kita paham.

Itu saja untuk tutorial kita yang pertama. Baru muqadimah kan... sabar la, kita belajar slow-slow. Kalau ada apa-apa soalan boleh hentam kotak comment kat bawah.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India