Thursday, December 22, 2011

Tutorial 36 - public, private, this

Kalau perasan kat Latihan 1, kita ada guna keyword private untuk instance variable.

private ni keyword yang kita boleh guna untuk kawal penggunaan variable tu.

Contoh kalau kita nak tukar variable hour dalam ni:

set private variable from other class


dari class yang lain, contoh macam ni:

the other class


Kalau pakai Eclipse, nak compile pun tak boleh, dah bagitau awal-awal dah "The field is not visible".


Kalau la kita nak jugak tukar variable hour tu, kita boleh tukar dari private jadi public, macam ni:

change private to public


Maksudnya kat sini, bila private hanya method yang ada dalam class tu sahaja yang boleh guna, kalau dari class lain tak boleh.


Jadi, kenapa nak guna private?

Senang citer ambik contoh dari Latihan 1 je la, bila kita boleh tukar-tukar variable hour macam tu je, macam mana nak tau nombor untuk hour tu valid ke tak kan?

Bila kita buat jadi private, cuma method setHour() je yang boleh set nombor untuk variable hour, dan kat method setHour() la boleh kita cek dia valid ke tak.


Ok, itu serba sedikit pasal public dengan private.

Sekarang kita tengok keyword this pulak.

Contoh kalau kita nak buat macam ni:

this keyword in java


Nama instance variable dengan nama parameter tu sama.

Salah memang tak salah, tapi dia buat benda yang bukan kita nak la.

Bila kita tulis

hour = hour;


maksudnya kita masukkan hour ke dalam hour tu balik, bukannya hour yang kat luar tu.

Jadi, dia tak buat apa-apa la.

Kalau pakai Eclipse, kita boleh nampak dia highlight yang mana.


Kalau kita nak masukkan nombor dari parameter tu ke variable hour yang kat luar tu, kita guna keyword this, macam ni:

this.hour = hour;


Jadi, this.hour ni lah yang merujuk hour kat luar tu, maksudnya this class punya hour, bukan hour yang dalam method.

Kalau pakai Eclipse boleh nampak dia highlight yang mana.


Jadi, itu saja rasanya untuk tutorial ni, kalau konfius boleh tinggal komen atau contact kat email/facebook(twitter jarang bukak).

4 comments:

Mr.Ekwan said...

terima kasih kerana mewujudkan Tutorial Java dlm bahasa melayu. Barulah saya faham serba sedikit tentang java nih. Sebelum ni asik hadap tutorial dlm English, tp sgt susah nk faham walaupun sy bukanlah asing sgt dgn Englsh language. Diharap tuan tanah meneruskn penulisan tuan tanah sehingga habis semua silibus java. Semoga dpt melahirkan lebih ramai org kita yg pandai coding java. Terima kasih tuan tanah..

An said...

tahniah nates dah sampai tutorial 36, dan minta maaf juga sebab lama lama lama sangat tak update tutorial java ni... insyaAllah, nanti kalau ada update, saya post link ke page facebook tu

Unknown said...

alhamdullilah . terima kasih banyak tuan tanah . daripada 0 pengetahuan tentang jpc ni . skrg 50% . blogspot ni amat berguna . terima kasih banyak :)

An said...

@Suleiman Othman
Alhamdulillah, sama-sama.

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India