Friday, June 6, 2014

Tutorial 40 - Composition

Sebelum-sebelum ni class yang kita buat ada instance variable, contoh macam ni:

class Date untuk simpan tarikh


Perhatikan kat sini,
private int day;
private int month;
private int year;

yang biasa kita letak int, double, String, dan lain-lain kan?

Apa kata kalau kita nak buat class 'Kawan', dalamnya ada simpan nama dan birthday, boleh tak?

Nama boleh disimpan sebagai String, tapi macam mana dengan birthday?

Jadi, itulah tutorial kali ni iaitu Composition (cara sebut: Kom Po Zi Syen).


Kita dah ada class 'Date' untuk simpan tarikh, dan kita akan guna class ni untuk simpan tarikh lahir.

Sekarang kita buat class 'Kawan', contoh macam ni:

class Kawan dengan penggunaan composition


Perhatikan yang ni,
private Date birthDay;

itulah yang dipanggil Composition.

Kita letak class sebagai instance variable.


Nak test class ni, kita boleh run macam ni:

class untuk test composition


Sekian, terima kasih.

4 comments:

Unknown said...

nk tanya nih...instant variable ngan parameter kat constructor tu mesti sama ke...ke kite boleh ubah nama and then declare je...mcm this.day = hari(ubah paremeter ke int hari)tq

An said...

@Armageddon Reaper Boleh lain-lain. Saya tunjuk yang sama sebab nak perkenalkan keyword 'this' tu. Kalau tulis 'day = day' dia takkan masuk kat instance variable, jadi kena tambah 'this' untuk rujuk instance variable.

Unknown said...

Macam mana nak input Date dekat Main Class?
eg: System.out.println("DOB: ");
Date dateOfBirth=s.next....();

An said...

@Heyda Hayne
Simpan dalam variable dulu lagi kemas:
int hari = s.next();
int bulan = s.next();
...
Date tarikhLahir = new Date(hari, bulan, tahun);

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India