Saturday, November 19, 2011

Tutorial 12 - Statement 'Switch'

Ok, katakanlah kalau kita nak buat program guna if else macam ni:

if else yang serabut


Tak ke serabut nak tengok code tu? Jadi, untuk tutorial ni kita akan belajar alternatif kepada if else iaitu switch.

Kita boleh coding program yang sama macam kat atas tu menggunakan switch, macam ni:

switch statement


Baru la kemas sikit...

Cara nak guna switch, mula-mula tulis switch kemudian kurungan. Dalam kurungan tu kita tulis variable yang nak kita test. Lepas tu tulis kurungan yang macam langsir tu untuk buat body dia.

Dalam body dia, barulah kita tulis apa yang nak dibuat oleh program menggunakan perkataan case.

Case tu bermaksud kalau variable yang kita tulis dalam kurungan tu sama dengan case, program akan jalankan step yang selepas titik bertindih tu.

Yang break tu pulak nak suruh program jangan tengok dah pilihan yang lain lepas dia dah jalankan step dia.

Untuk default tu dia akan run bila variable yang kita test tu takde langsung dalam case yag kita sediakan. Maksudnya kalau variable yang kita test tak sama dengan case yang ada, baru dia jalankan yang default. Dia sama macam else la kiranya.

Itu saja untuk tutorial 12. Switch ni cuma alternatif kepada if else kalau nak bagi code kita lebih kemas saja, tapi dia masih ada kelemahan.

Contoh, switch statement tak boleh buat macam ni:

if (umur == 1 || umur == 2)


macam ni pun tak boleh:

if (umur < 5)


Switch hanya boleh digunapakai kalau kita nak test satu nilai pada satu masa. Dia tak boleh test kalau variable tu dalam lingkungan sekian-sekian.

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Apsal error? Ni code dia

public class blogspot02 {

public static void main(String[] args) {

int umur;
umur = 5;

switch (umur) {
case 1;
System.out.println("baby suka nenen");
break;
case 2;
System.out.println("baby baru nak merangkak");
break;
case 3;
System.out.println("baby baru bercakap");
break;
case 4;
System.out.println("baby pandai jalan");
break;
case 5;
System.out.println("baby dah nakal");
break;
default;
break;

}

}
}

Dan ini gambar dia
https://www.anony.ws/image/DePn

An said...

Silap tulis tu, Sepatutnya lepas case guna dua titik bertindih, :, bukannnya koma bertindih

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India