Monday, November 7, 2011

Tutorial 8 - Operasi Matematik

Tutorial ni kita akan belajar cara guna operasi matematik macam tambah, tolak, bahagi, darab dll dalam Java.

Tanpa buang masa, ni codingnya:

operasi tambah dalam java


Sekarang kita declare tiga variable jenis integer. Lepas tu guna tanda '+' untuk tambah nombor dalam variable ketupat dengan rendang kemudian masukkan ke dalam variable tandas.

Bila kita print variable tandas, dia keluar nombor yang dah ditambah. Hasilnya:

10


Kat bawah ni simbol-simbol yang boleh digunapakai untuk operasi matematik:

   + untuk tambah
   - untuk tolak
   * untuk darab/kali
   / untuk bahagi
   % untuk modulus(ambik baki)

Sekarang cuba tukar sikit coding, kita buat 5 bahagi 2.

bahagi integer dalam java


Bila kita run, hasilnya:

2


Pelik kan? Sepatutnya 5 bahagi 2 dapat 2.5. Tak percaya boleh cuba.

Ok, sekarang tengok balik kat line 6. Kita declare tiga-tiga variable tu dalam jenis integer. Ingat tak sebelum ni kita ada belajar yang integer ni adalah nombor bulat yang takde perpuluhan.

Jadi, macam mana kalau kita nak jugak bagi dia dapat 2.5? Senang saja. Kita tukarlah jenis variable tu kepada double.

tukar kepada double


Hasilnya macam yang kita nak:

2.5


Sekarang kita akan belajar guna modulus pulak, iaitu tanda '%'.

Kita buat benda simple je. Kita buat 5 modulus 2.

cara guna modulus


Hasilnya:

1


Ok, apa yang sebenarnya berlaku adalah macam ni.

Bila 5 bahagi 2 akan dapat 2 baki 1. Kalau lupa boleh tanya cikgu darjah 1.

Simbol '%' ni dia akan ambik baki selepas bahagi. Jadi, kat line 9 tu selepas dibahagi, baki yang tinggal tu akan dimasukkan ke dalam variable tandas. Dalam kes ni baki kita adalah 1.

Last sekali bila kita print, kita akan nampak berapa baki dia.

Modulus ni menarik jugak, boleh diguna untuk buat benda yang kita tak terpikir. Nanti kita belajar.

Ok, itu saja untuk tutorial kita kali ni. Main-main dulu dengan operasi matematik yang baru kita belajar ni.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India