Wednesday, November 23, 2011

Tutorial 15 - Cara Guna Method Yang Ada Parameter

Tutorial kali ni kita akan tengok macam mana nak guna method yang ada parameter.

Buat masa ni anggap parameter tu macam maklumat tambahan yang diperlukan untuk guna method tersebut.

Untuk demo ni, kita akan guna dua class. Satu nama Home, satu lagi nama PeningKepala. Method main() kita letak dalam class Home, dan method yang ada parameter dalam class PeningKepala.

Program kita ni nanti akan tanya nama pengguna kemudian dia akan bagi salam kat pengguna.

Yang ni code untuk class Home:

java pening kepala


Yang ni untuk PeningKepala:

java bagi salam


Benda yang kita nak fokus sekarang adalah parameter. Yang ni lah kita panggil parameter:

parameter java


Jadi bila kita run, output dia macam ni(kaler hijau tu pengguna yang tulis):

output program java


Sekarang kita review balik apa yang berlaku pada program kita. Kita mula dengan class Home dulu.

Program kita ni kena ambik input dari pengguna jadi kita guna Scanner. Ingat lagi kan macam mana nak guna Scanner?

Kat line 8, kita declare class PeningKepala guna objek nama 'batu'.

Kat line 10, kita hanya bagitau pengguna nak buat apa.

Line 11, kita guna method dari Scanner iaitu nextLine(). Method nextLine() akan ambik input dari pengguna dalam bentuk String. Jadi, kat line 11 ni, program akan ambik input dari pengguna kemudian masukkan ke dalam variable 'nama'.

Kat line 13 barulah kita guna method yang ada parameter iaitu method bagiSalam().

Perhatikan yang kita masukkan variable 'nama' kat dalam kurungan method bagiSalam(). Ini sebab method bagiSalam() perlukan String, baru boleh guna.

Sekarang kita tengok class PeningKepala pulak sebab kita nak tau apa yang method bagiSalam() tu buat.

Jadi kat line 5, program akan print apa saja String yang kita masukkan ke dalam kurungan bagiSalam() tadi.

Nak lagi jelas boleh rujuk gambar ni kalau nak tengok dia punya urutan(klik kat gambar kalau tak jelas):

urutan program java


Itu saja untuk tutorial ni. Kalau ada keliru mana-mana boleh komen kat bawah atau hantar kat email/fb/twitter.

2 comments:

Miss Ana said...

pening kepala nk paham bnda ni..huhu

An said...

@Cik Ana
Pening kan? Sapa la yang buat Java ni, ish3...

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India