Monday, November 7, 2011

Tutorial 9 - Increment

Masa untuk belajar pasal increment. Increment ni maksudnya penambahan pada satu jumlah dalam kadar tertentu.

Sekarang tengok kat coding ni:

pre increment


Output dia:

6


Kat line 7, increment berlaku bila kita taip ++beruk. Bila kita bubuh dua '+' dekat variable beruk, automatik dia akan bertambah sebanyak 1.

Increment ada 2 jenis:

1. pre-increment
2. post-increment

Yang kita baru guna ni pre-increment. Post-increment kalau kita bubuh '+' dekat belakang variable, jadi macam beruk++.

Bezanya,

Pre-Increment(++beruk)Post-Increment(beruk++)
Tambah dulu sebelum digunapakaiGuna dulu kemudian baru ditambah


Nak bagi nampak, kita buat coding bawah ni:

post increment


Hasilnye:

5
6


Kat line 7 kita buat post-increment. Kita print beruk++ tapi dia keluar nilai asalanya iaitu 5. Maksudnya dia tak increment lagi.

Lepas dah print baru beruk bertambah 1. Sekarang beruk tengah pegang nombor 6.

Nak tau dia bertambah ke tak, kita print beruk sekali lagi sebab kita nak tengok nilai dalam beruk tu. Itu sebab dia print 6.

Sekarang kita tengok macam mana kalau nak tambah lebih dari 1.

Caranya kita guna tanda '+='. Tengok kat bawah ni:

tambah nilai lebih dari satu


Kat line 7 tu maksudnya kita tambah 10 dekat variable beruk tu. Jadi, bila kita print, memang dia akan keluar:

15


Sebenarnya statement beruk += 10; tu sama saja dengan statement macam ni:

beruk = beruk + 10;


Maksudnya kita ambik nilai asal dalam variable beruk, tambah dengan 10, kemudian masukkan balik ke dalam beruk. Cuma benda ni diringkaskan saja.

Increment boleh jugak guna untuk tolak(decrement).

Guna *= pun boleh, maksudnya kita darab nombor asal dalam satu variable dengan apa-apa nombor kemudian masukkan balik ke dalam variable tu.

Contoh,

int beruk = 5;
beruk *= 2;
System.out.println(beruk);


output dia adalah 10.

Itu saja untuk tutorial ni. Sekian. Kesian.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India