Friday, November 4, 2011

Tutorial 3 - Pengenalan Kepada IDE

Tutorial sebelum ni kita dah buat program guna text editor dengan command prompt untuk tulis coding, compile dan run kita punya coding.

Tapi kalau guna cara macam tu ada kelemahan dia. Contoh, kalau kita punya coding tu ada error, macam mana kita nak tau mana error dia kan. Kalau macam coding pendek macam Tutorial 2 tu takpe lagi, macam mana kalau coding kita sampai beribu line, tak ke nazak nak cari error dia.

Jadi, masalah ni boleh diatasi dengan menggunakan Integrated Development Environment(IDE). IDE ni merupakan text editor khas untuk buat programming.

Untuk Java, IDE yang biasa orang guna adalah Eclipse dengan Netbeans. Sepanjang tutorial Java ni kita akan guna Eclipse sebab komputer kat sini dari zaman T-Rex, tak larat nak guna Netbeans. Kalau anda nak guna Netbeans silakan, tak salah.

Update 15 Oktober 2014

Selepas buat beberapa projek, saya dapat serba sedikit pengalaman semasa menggunakan IDE. Saya juga sempat menggunakan semua IDE untuk Java iaitu IntelliJ, Eclipse, dan Netbeans. Disebabkan tutorial 3 ini ditulis pada tahun 2011, jadi banyak jugalah cadangan-cadangan saya yang sudah outdated. Sepanjang tempoh tersebut telah banyak berlaku perubahan pada IDE Java. Performance Netbeans telah meningkat secara mendadak, IntelliJ telah keluar ke pasaran, dan lain-lain. Pada pandangan saya, ranking IDE terbaik untuk Java pada waktu ini adalah:
1. IntelliJ
2. Netbeans
3. Eclipse

Kesimpulannya, saya cadangkan sesiapa yang ikut tutorial blog ni boleh terus menggunakan Netbeans, dan kalau anda nak lebih produktif boleh cuba IntelliJ. Saya tak cadangkan IntelliJ dahulu sebab dia terlebih canggih (tekan satu huruf dia dah tau kita nak tulis apa), takut-takut nanti anda tak dapat input dari apa yang anda belajar dari blog ini, tapi kalau nak guna jugak dipersilakan, IntelliJ sangat-sangat terbaik!

Nak download Eclipse, boleh klik sini.

Dah download install semua, sekarang kita nak test coding dari Tutorial 2 guna Eclipse.

Jadi, buka Eclipse. Pergi File>New>Java Project. Tulis je apa-apa nama pun(untuk demo kita bubuh nama projek Blogspot), kemudian klik Finish.

Nanti dekat panel sebelah kiri ada projek kita. Klik kanan kat projek tu, kemudian New>Class. Tulis nama class kita "mangkuk" sebab kita nak buat coding macam dari Tutorial 2.

Dah siap, kalau "rajin" boleh copy n paste coding dari Tutorial 2 ke Eclipse.

Nak run, hanya klik kat butang yang ada gambar macam Play tu warna hijau dan hasilnya boleh nampak kat panel bawah tu.


eclipse ide


Nampak kan? Nak run senang, nak tengok output dia pun senang, bawah tu je.

Ok, akhirnya setel sudah kita punya muqadimah untuk tutorial Java. Benda-benda alah yang diperlukan dah download dah install semua. Lepas ni kita akan belajar programming dengan Java.

Itu saja untuk tutorial kali ni.

14 comments:

Unknown said...

kalau kita just install eclipse tanpa JDK boleh function tak? TQ

An said...

Tak boleh, sebab Eclipse tu text editor saje, sama macam notepad tapi khas untuk programming. Bila kita tekan butang run tu, eclipse akan guna jdk yg kita install, kalau takde jdk, tak boleh run...

Anonymous said...

mcmmane nk expert java ni? tq

Anonymous said...

tajuk interface takde ker?

An said...

@adi
Umakaihh.. setahun lamanya. Tajuk interface akan datang...

Unknown said...

tuan,eclipse classic boleh pakai x?

An said...

@nurul ain

Boleh, pakai Notepad pun boleh.

Yang Eclipse ni tujuannya nak memudahkan programmer saja.

Jojo Gol said...

bro....tajuk nk connect database xdeke ?

Jojo Gol said...

bro...bg la satu tajuk mcm mane dr java connect to db(ex: mysql)...
bg satu contoh je, cmne nk msukkn data dr coding ke db mysql....tolong la bro....sy beginner sgt..

An said...

@Jojo Gol Paling simple guna JDBC rasanya. Kalau web programming, biasanya orang guna framework, kena tengok documentation framework tu camane.

Unknown said...

Bro aku ni senang lupe la.Ade tak care senang nak ingat bahasa alien tu.

Unknown said...

Bro aku ni senang lupe la.Ade tak care senang nak ingat bahasa alien tu.

Unknown said...

Bro aku ni senang lupe la.Ade tak care senang nak ingat bahasa alien tu.

An said...

@Johny214

Haha, ntah la. Aku mula-mula pun macam tu. Nak paham yang 'dot' tu berbulan kalau tak silap.

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India