Showing posts with label eclipse. Show all posts
Showing posts with label eclipse. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Tutorial 4 - Hello Blogger

Sebelum kita mula tutorial ni, ada sikit benda nak kena buat kat Eclipse.

Mula-mula buka dulu Eclipse. Ok, pada asalnya Eclipse tak tunjuk nombor line kat text editor dia. Jadi, klik kanan kat tepi text editor tu dan klik Show Line Numbers.

show line numbers in eclipse ide


Nombor line ni penting, sebab nanti bila ada error selalunya dia tunjuk nombor line. Kalau bawah 10 boleh kira lagi, kalau beribu line? Nazak jugak tu.

Ok, sekarang kita akan mula tutorial ni. Untuk tutorial kali ni aku akan terangkan pasal coding kita yang lepas.

hello blogger


Setiap program Java terdiri daripada Class dan Method.

Untuk coding kita tu nama class kita adalah "mangkuk", dan method yang ada adalah main(). Nak kenal method boleh nampak lepas nama method tu ada bukak kurungan dengan tutup kurungan, contoh method main().

Buat masa ni follow je benda alah public static void tu, yang tu lain pulak ceritanya, dia ada kisah dia sendiri.

Sekarang anggap Class tu macam badan kepada program kita dan Method tu macam "resepi".

Selalu kita tengok dalam buku resepi mak kalau nak buat kek ada dia punya step by step kan. Sama dalam programming, ada dia punya step, kaedah nak run program tu.

class dan method


Bila kita run program Java, komputer akan mula cari method main() dulu. Jadi, tak kisah kita nak letak method main() kat mana asalkan dia duduk dalam class.

Untuk coding kita, dalam method main() ada method println(). Yang "System.out." tu ingat je dulu. Akan diterangkan kat tutorial akan datang.

System.out.println() gunanya untuk suruh komputer paparkan dekat skrin benda yang kita letak dalam kurungan tu. Untuk tutorial ni kita letak "Hello Blogger". Jadi, maksudnya kita suruh komputer paparkan Hello Blogger dekat skrin.

Setiap step atau lebih dikenali sebagai statement mesti berakhir dengan semicolon (tanda ';'). Jadi kalau ada 10 method println(), setiap println() tu mesti ada semicolon.

Itu saja untuk tutorial ni. Main-main dulu dengan coding ni nanti senang nak ingat dia punya syntax.

Friday, November 4, 2011

Tutorial 3 - Pengenalan Kepada IDE

Tutorial sebelum ni kita dah buat program guna text editor dengan command prompt untuk tulis coding, compile dan run kita punya coding.

Tapi kalau guna cara macam tu ada kelemahan dia. Contoh, kalau kita punya coding tu ada error, macam mana kita nak tau mana error dia kan. Kalau macam coding pendek macam Tutorial 2 tu takpe lagi, macam mana kalau coding kita sampai beribu line, tak ke nazak nak cari error dia.

Jadi, masalah ni boleh diatasi dengan menggunakan Integrated Development Environment(IDE). IDE ni merupakan text editor khas untuk buat programming.

Untuk Java, IDE yang biasa orang guna adalah Eclipse dengan Netbeans. Sepanjang tutorial Java ni kita akan guna Eclipse sebab komputer kat sini dari zaman T-Rex, tak larat nak guna Netbeans. Kalau anda nak guna Netbeans silakan, tak salah.

Update 15 Oktober 2014

Selepas buat beberapa projek, saya dapat serba sedikit pengalaman semasa menggunakan IDE. Saya juga sempat menggunakan semua IDE untuk Java iaitu IntelliJ, Eclipse, dan Netbeans. Disebabkan tutorial 3 ini ditulis pada tahun 2011, jadi banyak jugalah cadangan-cadangan saya yang sudah outdated. Sepanjang tempoh tersebut telah banyak berlaku perubahan pada IDE Java. Performance Netbeans telah meningkat secara mendadak, IntelliJ telah keluar ke pasaran, dan lain-lain. Pada pandangan saya, ranking IDE terbaik untuk Java pada waktu ini adalah:
1. IntelliJ
2. Netbeans
3. Eclipse

Kesimpulannya, saya cadangkan sesiapa yang ikut tutorial blog ni boleh terus menggunakan Netbeans, dan kalau anda nak lebih produktif boleh cuba IntelliJ. Saya tak cadangkan IntelliJ dahulu sebab dia terlebih canggih (tekan satu huruf dia dah tau kita nak tulis apa), takut-takut nanti anda tak dapat input dari apa yang anda belajar dari blog ini, tapi kalau nak guna jugak dipersilakan, IntelliJ sangat-sangat terbaik!

Nak download Eclipse, boleh klik sini.

Dah download install semua, sekarang kita nak test coding dari Tutorial 2 guna Eclipse.

Jadi, buka Eclipse. Pergi File>New>Java Project. Tulis je apa-apa nama pun(untuk demo kita bubuh nama projek Blogspot), kemudian klik Finish.

Nanti dekat panel sebelah kiri ada projek kita. Klik kanan kat projek tu, kemudian New>Class. Tulis nama class kita "mangkuk" sebab kita nak buat coding macam dari Tutorial 2.

Dah siap, kalau "rajin" boleh copy n paste coding dari Tutorial 2 ke Eclipse.

Nak run, hanya klik kat butang yang ada gambar macam Play tu warna hijau dan hasilnya boleh nampak kat panel bawah tu.


eclipse ide


Nampak kan? Nak run senang, nak tengok output dia pun senang, bawah tu je.

Ok, akhirnya setel sudah kita punya muqadimah untuk tutorial Java. Benda-benda alah yang diperlukan dah download dah install semua. Lepas ni kita akan belajar programming dengan Java.

Itu saja untuk tutorial kali ni.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India