Saturday, November 5, 2011

Tutorial 6 - Input Dari User

Tutorial kali ni kita akan belajar macam mana program boleh berinteraksi dengan pengguna. Nak bagi senang, kita akan guna benda yang sudah sedia ada dalam Java, iaitu Scanner.

Sebelum kita boleh guna Scanner, kita mesti import benda alah tu dulu.

import java.util.scanner


Kat line 1 tu la statement untuk kita import kita punya Scanner. java.util. tu memang tempat terletaknya Scanner.

Lepas dah import, kita kena "panggil" Scanner untuk kita guna dalam method main(). Boleh tengok gambar kat bawah ni:

calling a scanner


Kat line 5 ni, kita guna variable 'input' untuk Scanner kita. Tanda '=' bermaksud kita assign sesuatu. Untuk ni, kita just assign Scanner yang baru untuk 'input'. Nak guna nama apa pun boleh untuk ganti 'input' tu.

Yang System.in tu kita baca input daripada komputer kita punya input, dan input yang ada sekarang adalah keyboard. Jadi, kita akan ambil input daripada keyboard kita.

Dah siap panggil Scanner tu, sekarang program dah ready untuk ambik input dari user. Sekarang kita buat program simple je. Coding dia macam ni(kalau tak nampak, klik je kat gambar tu):

contoh penggunaan scanner


Output program kita macam kat bawah ni(teks warna hijau tu aku taip guna keyboard):

output scanner


Ok, sekarang aku akan terangkan apa yang berlaku waktu kita run program ni.

Kat line 5 kita panggil Scanner guna variable 'input' yang akan ambik input daripada keyboard.

Line 6 kita declare variable 'nama' untuk data jenis string. Jadi, komputer akan sediakan satu tempat untuk simpan data tersebut.

Kat line 8 tu ada lain sikit. Selalu kita guna println() kan... tapi kali ni kita guna print(). Dia lebih kurang je, bezanya kalau println(), selepas dia paparkan dekat skrin dia akan pergi ke line yang baru. Kalau print() dia takkan pergi ke line baru selepas paparkan kat skrin.

Kat line 9 baru kita guna method daripada Scanner yang kita import sebelum ni, iaitu nextLine().

Ok, sebelum tu nak bagitau sebenarnya Scanner adalah class. Kalau kita nak guna method dari class luar, kita mesti ada object untuk panggil method dari class luar tu. Dalam tutorial ni kita guna object nama 'input' untuk panggil method dari class Scanner.

Itu sebabnya kita tulis input.nextLine(), kalau tulis nextLine() sahaja nanti keluar error sebab sistem tak jumpa method nextLine().

Method nextLine() ni akan ambik apa-apa sahaja yang kita taip dari keyboard. Untuk coding kita, dia akan ambik input dari keyboard kemudian masukkan ke dalam variable 'nama'.

Line 11 pun ada benda baru, iaitu tanda '+'. Untuk string, kita boleh gabung beberapa string guna tanda '+'. Istilah dalam bahasa omputih nya string concatenation.

Jadi, kat line 11, komputer akan paparkan balik variable 'nama' yang sudah dimasukkan dengan input daripada keyboard.

Itu saja untuk tutorial ni. Praktis sikit guna variable tu semua.

3 comments:

vc8285 said...

mcm mn cara nk import scanner tu?blh bg detail..

bawalogy said...

mcm mn cara nk import scanner tu?blh bg detail..

An said...

@vc8285 @mabs_pay Kalau nak import scanner tulis je macam kat line 1 tu. Satu lagi tips (yang ni boleh buat kat Eclipse je), tekan Ctrl+Shift+O, nanti dia automatik tulis line tu.

Selamat mencuba.

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India