Kalkulator kita ni akan mintak dua nombor daripada user kemudian tambah dua-dua nombor tu. Ok, ni coding dia(kalau tak nampak klik je gambar tu):
Kat bawah ni pulak output dia(warna hijau tu yang user masukkan):
Ok, sekarang aku akan terangkan.
Kalkulator kita macam kalkulator lain yang wujud mesti la boleh berinteraksi dengan user.
Kita baru belajar guna Scanner untuk ambik input dari user, jadi takde pilihan lain kita guna saja. Sekarang Scanner kita nama dia kucing.
Kat line 7 kita declare 3 variable jenis double. Double ni data jenis nombor yang ada perpuluhan.
Kat sini pun sengaja aku buat cara declare variable lain sikit, guna koma ','. Cara ni hanya boleh diguna kalau jenis data-data tu sama. Dalam kes ni tiga-tiga jenis double.
Kat line 9 kita bagitau user suruh taip apa-apa nombor.
Line 10 kita guna method dalam Scanner, iaitu nextDouble(), untuk ambik apa-apa nombor daripada user kemudian masukkan ke dalam variable nombor1. Ok, sebelum ni kita guna nextLine(). Yang tu untuk ambik input jenis string, nextDouble() untuk ambik input jenis double.
Line 12-13 sama macam 9-10. Ambik input dari user lepas tu masukkan ke dalam variable nombor2.
Line 15 kita akan tambah apa-apa nombor dalam nombor1 dengan apa-apa nombor dalam nombor2 dan masukkan ke dalam variable jawapan.
Last sekali, kat line 16 kita paparkan jawapan kat skrin.
Itu saja setakat ni. Cuba praktis bagi mahir semua benda yang kita guna dalam tutorial ni. Sekian.
3 comments:
thank you. sgt membantu.
@Noor Liyana
Sama-sama.
Sangat sangt membantu makcik
Post a Comment